Kisah Plantea

Kami di Plantea bukan saja menghasilkan baja berkualiti untuk pokok kesayangan anda, tapi melalui perkongsian nilai berterusan dan percambahan idea, kami memberikan anda gaya hidup yang lebih santai dan tenang melalui pokok-pokok segar di sekeliling anda.

Kesibukan Dunia

Pemodenan dunia menagih kita untuk berkompromi dengan diri sendiri kerana dikejar kesibukan dan tekanan kerja.

 

Tanpa sedar, badan kita mula bereaksi yang mana kita sentiasa rasa letih, tiada motivasi dan mudah beremosi.

Kesihatan Mental

Interaksi dengan tumbuhan dapat trigger pelepasan hormon serotonin, yang akan memperbaiki mood tak baik dan mengurangkan keresahan. 

 

Berkebun secara kasual di hujung minggu pula dapat membantu dalam melepaskan tekanan, meningkatkan kreativiti, produktiviti, dan fokus.

Tumbuhan Sebagai Terapi

Wujudkan taman mini atau taman herba di kawasan rumah untuk anda berkebun bersama keluarga, nikmati waktu berkualiti bersama keluarga.

 

Di kawasan pejabat juga perlu ada satu ruang tumbuhan segar, untuk anda cas semula tenaga anda setelah seharian bekerja.

Cabarannya tidak mudah kerana kami sedar minat generasi baru kepada tanaman kian jauh, yang aktiviti hariannya banyak dipengaruhi gajet dan sosial media.

Matlamat Plantea

Kami berpendapat dengan menunjukkan bahawa pertanian itu adalah mudah dan tidak memerlukan komitmen yang tinggi, ramai yang akan tertarik menjadikan pertanian sebagai satu gaya hidup.

 

Untuk membudayakan pertanian dan tumbuhan segar, kami menghasilkan siri jenama Plantea yang bermula dengan baja uncang. Produk-produk lain akan diperkenalkan kemudiannya.

 

Pendekatan Plantea

Falsafah kami dalam menghasilkan siri jenama Plantea adalah dengan menonjolkan sisi seronok dan praktikaliti dalam bercucuk tanam.

 

Contohnya, kami memperkenalkan konsep uncang teh dan slow release dalam Plantea : Baja Uncang. Anda tidak perlu kotorkan tangan, pasu jadi lebih kemas, kurang baja yang terbazir keluar ketika siraman pokok, dan risiko daun pokok terbakar kerana terlebih baja dapat dielakkan.

Produk Seterusnya

Apa selepas Plantea : Baja Uncang? 

 

Kami sedang bangunkan beberapa jenis produk dan sistem pertanian yang masih dalam fasa pengembangan idea dan validasi pasaran.

 

Ada juga produk yang sudah masuk ke fasa ujian dan keberkesanan. 

Amalan kami di Plantea sebelum melancarkan produk baru, kami akan dapatkan seberapa banyak testimoni positif dari golongan sasar terlebih dahulu.

 

Oleh itu, anda tidak perlu ragu tentang keberkesanan produk kami kerana setiap produk yang kami hasilkan perlu melalui proses validasi yang ketat.

 

Nantikan produk terbaru kami. Follow media sosial kami untuk sebarang hebahan.

Team Kami

Di Sebalik Plantae

CONTACT US